BH Online
Ringkasan Berita

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Melaka

MELAKA: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Melaka berhampiran Yayasan Toh Puan Zurina, tengah malam tadi.
Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Melaka

Anggota bomba melakukan operasi cari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dilaporkan terjatuh dan hilang di Sungai Melaka. - Foto- ihsan JBPM Melaka

MELAKA: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Melaka berhampiran Yayasan Toh Puan Zurina, tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga lelaki berusia 45 tahun dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai sebelum orang awam menghubungi talian kecemasan 999.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Mohammad Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.03 tengah malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Nor Adika Hasan bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan untuk operasi menyelamat.

"Setibanya di lokasi, komander operasi mengesahkan terdapat seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) segera digerakkan di sekitar kawasan kejadian.

"Ketika ini operasi pencarian sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa," katanya dihubungi di sini.

Beliau berkata, operasi membabitkan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Setakat ini, operasi SAR masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Video Terkini

Berita Berkaitan