BH Online
Ringkasan Berita

Nahas konvoi RXZ: Jenazah Che Mohd Sufian, Muhammad Hafiz Al Hakim selamat dikebumikan di Dungun

DUNGUN: Jenazah dua sahabat yang maut dalam konvoi motosikal RXZ di Kilometer 246.4, Lebuh Raya Pantai Timur, dekat susur keluar Plaza Tol Jabur, Kuantan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong Paka, petang semalam.
Nahas konvoi RXZ: Jenazah Che Mohd Sufian, Muhammad Hafiz Al Hakim selamat dikebumikan di Dungun

Nur Ain Husni (kanan) mengiringi seorang ahli keluarga menjirus air ke pusara adiknya, Allahyarham Mohd Aizat Husni di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Payong, di Hulu Besut malam tadi. - Foto NSTP/ Nurul Fatihah Sulaini

DUNGUN: Jenazah dua sahabat yang maut dalam konvoi motosikal RXZ di Kilometer 246.4, Lebuh Raya Pantai Timur, dekat susur keluar Plaza Tol Jabur, Kuantan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong Paka, petang semalam.

Jenazah Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, dikebumikan bersebelahan Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan kira-kira jam 4.45 petang.

Sebelum itu, jenazah kedua-dua sahabat itu tiba di Masjid Hadhari Paka kira-kira jam 4 petang sebelum disolatkan.

Selain mereka, turut maut dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu adalah Mohd Aizat Husni, 33, dan Muhammad Safawi Md Noh, 24.

Media semalam melaporkan empat penunggang motosikal maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan 12 motosikal.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah dilaporkan berkata dalam kemalangan itu, Che Mohd Sufian, Muhammad Hafiz Al Hakim dan Mohd Aizat meninggal di tempat kejadian manakala Muhammad Safawi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas sebuah motosikal merempuh belakang sebuah kereta di lorong kanan.

Video Terkini

Berita Berkaitan