BH Online
Ringkasan Berita

Ugut pecahkan muka ketika siaran langsung TikTok, warga emas ditahan

SUBANG JAYA: Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas dipercayai mengugut seorang individu ketika mangsa membuat siaran langsung TikTok di Kampung Sri Langkas, Puchong pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila pengadu bersama beberapa rakannya membuat siaran langsung TikTok di kawasan berkenaan.

Beliau berkata ketika sesi berlangsung, beberapa lelaki termasuk suspek datang dan melarang pengadu daripada membuat rakaman di kawasan itu.

"Suspek mengeluarkan ugutan terhadap pengadu dengan mengatakan jika rakaman itu tular, dia akan 'memecahkan muka' pengadu sebelum pengadu membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Wan Azlan berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menahan seorang lelaki berumur 65 tahun kira-kira jam 4.20 petang, Rabu lalu.

Katanya, perintah reman ke atas suspek selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan status siasatan masih berjalan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan