BH Online
Ringkasan Berita

Empat didakwa urus pusat judi dalam talian

SUNGAI PETANI: Empat individu termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menguruskan sebuah pusat operasi judi dalam talian April lalu.
Empat didakwa urus pusat judi dalam talian

Empat individu termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Sungai Petani, hari ini atas pertuduhan menguruskan sebuah pusat operasi judi dalam talian April lalu. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman

SUNGAI PETANI: Empat individu termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menguruskan sebuah pusat operasi judi dalam talian April lalu.

Tertuduh Eow Yao Ping, 25; Eow Yong Huang, 30; Tan Yan Zhong, 25, dan Cheng Chean Seng, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa secara bersama dengan niat yang sama menguruskan sebuah rumah judi terbuka yang dijadikan pusat operasi judi dalam talian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 4.20 petang hingga 6 petang di Taman Kampung Raja, di sini pada 7 April lalu.

Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum denda minimum RM5,000 hingga maksimum RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Adlin Saffiya Kamaruzaman, manakala semua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM8,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun pihak pembelaan memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guam mereka memberi kerjasama dan akan hadir ke mahkamah setiap perbicaraan.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Video Terkini

Berita Berkaitan