BACHOK: Polis menahan seorang lelaki Rohingya yang disyaki merogol seorang wanita berusia 19 tahun di Kampung Kuar, dekat Tawang, bulan lalu.
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam tadi di kawasan sama kejadian dipercayai berlaku.
Pagi ini, polis memperoleh perintah reman selama enam hari terhadap suspek daripada Mahkamah Majistret Bachok.
Kejadian dipercayai berlaku pada 29 Jun lalu dan siasatan polis masih diteruskan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
Beliau berkata, suspek direman selama enam hari bermula hari ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
























