JOHOR BAHRU: "Selama 10 tahun berniaga di sini, ini kejadian pertama," kata pekerja restoran nasi kandar di Taman Universiti, di sini, mengenai insiden membaling kerusi membabitkan beberapa individu yang menyaksikan perlawanan siaran langsung Piala Dunia, awal pagi tadi.
Menurutnya, kejadian di luar jangkaan dan kawalan pihak restoran semasa perlawanan di antara Argentina dan Mesir itu bagaimanapun tidak membabitkan kerosakan serius barangan mahupun kerugian ketara, manakala pekerja juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Namun difahamkan ada kerosakan pada sebuah kereta, tapi kurang pasti sama ada kenderaan itu milik pengunjung restoran ini," katanya menambah kekecohan bagaimana reda dan tidak mengundang masalah serius.
Kejadian itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) restoran dan sudah diserahkan kepada pihak berkuasa.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara ketika dihubungi, memaklumkan siasatan sedang dijalankan.
Menerusi beberapa video yang tular di Threads, sekumpulan peminta didapati membaling kerusi ketika perlawanan berlangsung.
Menerusi ruangan komen, beberapa peminat yang mendakwa berada di lokasi memberitahu insiden itu tercetus selepas Argentina menjaringkan dua gol bagi menyingkirkan Mesir dari pentas Piala Dunia 2026 selepas tewas dramatik 2-3.
























