BH Online
Ringkasan Berita

Pelajar cedera terkena tumpahan raksa

DUNGUN: Seorang pelajar perempuan cedera akibat tumpahan raksa di dalam sebuah makmal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besi, dekat sini, hari ini.
Pelajar cedera terkena tumpahan raksa

Anggota bomba membersih sisa tumpahan raksa di makmal sekolah di Dungun. - Foto ihsan Bomba

DUNGUN: Seorang pelajar perempuan cedera akibat tumpahan raksa di dalam sebuah makmal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besi, dekat sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Kama Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya terima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.34 petang

Menurutnya, seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati berlaku tumpahan raksa di dalam makmal kimia sekolah terbabit.

"Sebuah jangka suhu dikatakan terjatuh dan pecah di atas meja menyebabkan tumpahan raksa pada keluasan dianggarkan 0.6 meter.

"Pihak sekolah telah mengambil langkah awal menabur serbuk sulfur sekitar kawasan tumpahan sebagai mengawal mengurangkan risiko pencemaran raksa sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya.

Menurutnya, anggota bomba kemudian bertindak melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan tumpahan raksa menggunakan prosedur pengendalian bahan berbahaya yang ditetapkan.

"Sisa raksa terbabit kemudiannya dimasukkan ke dalam beg sisa buangan yang bersesuaian sebelum diserahkan kepada pihak sekolah untuk dilupuskan," katanya.

"Pelajar tingkatan empat yang cedera itu telah dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan