BH Online
Ringkasan Berita

Pemuda maut sebelum sempat beri duit belanja kepada ibu

TANJONG KARANG: Hasrat seorang pemuda untuk memberi duit belanja kepada ibunya tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah lori, kelmarin.
Pemuda maut sebelum sempat beri duit belanja kepada ibu

Ibu mangsa kemalangan, Jasliah Warno (tengah) menunjukkan gambar terakhir anak lelakinya, Muhamad Rafie Abdul Hadi yang maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 52 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Jalan Sungai Kalkati, Kampung Sungai Terap, Tanjong Karang kelmarin. - Foto NSTP/Amirul Aiman Hamsuddin

TANJONG KARANG: Hasrat seorang pemuda untuk memberi duit belanja kepada ibunya tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah lori, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.55 malam di Kilometer 52 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Jalan Sungai Kalkati, Kampung Sungai Terap, Muhamad Rafie Abdul Hadi, 22, maut di tempat kejadian.

Ibu Allahyarham, Jasliah Warno, 56, berkata dia mengetahui kemalangan menimpa anak kedua dari tiga beradik itu selepas dihubungi anak bongsunya.

"Arwah dalam perjalanan pulang ke rumah dari Subang kerana sebelum itu dia mengikut bapa saudaranya selama beberapa hari bekerja.

"Menjadi kebiasaan setiap bulan arwah memberi saya duit belanja sebanyak RM500. Tak sangka hajatnya itu berakhir dengan tragedi," katanya ditemui di kediamannya di Kampung Haji Razali, di sini hari ini.

"Ketika di tempat kejadian, dengan lutut yang menggeletar, saya kucup dahinya dan sujud ke tanah memohon supaya Allah SWT mengampuni segala dosanya," katanya.

Beliau berkata, Muhamad Rafie disifatkan sebagai anak yang mendengar kata selain bertanggungjawab terhadap keluarga selepas suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh jam 2.30 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal dari Kuala Selangor ke Tanjong Karang melanggar bahagian belakang lori.

Motosikal kemudian terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta.

Video Terkini

Berita Berkaitan