BH Online
Ringkasan Berita

Suami isteri maut kereta bertembung Toyota Hilux

LIPIS: Suami isteri maut selepas Proton Persona dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux di Kilometer 18, Jalan Lipis-Benta, berhampiran Estet Benta, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Suami isteri maut kereta bertembung Toyota Hilux

Kemalangan membabitkan kereta dan Toyota Hilux di Jalan Lipis-Benta menyebabkan dua maut. - Foto ihsan polis

LIPIS: Suami isteri maut selepas Proton Persona dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux di Kilometer 18, Jalan Lipis-Benta, berhampiran Estet Benta, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata kejadian berlaku ketika Proton Persona dinaiki pasangan itu bergerak dari arah Kuala Lipis menghala Raub, sebelum bertembung Toyota Hilux dari arah bertentangan.

Ketika kejadian, Toyota Hilux dinaiki dua lelaki berusia 54 dan 40 tahun dalam perjalanan menuju ke Gua Musang untuk mengambil muatan durian.

Menurut Ismail, kemalangan menyebabkan pemandu Proton Persona, Mohd Khair Zainudin, 50, dan isterinya, Norzaili Khalil, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video Terkini

Berita Berkaitan