KINABATANGAN: Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas lori lapan tan yang dinaiki terbabas di Kampung Paris 2, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang juga pemandu lori, Juldam Mangkalial, 48, maut akibat tersepit di bawah lori dalam kejadian jam 5 pagi.
Rakannya berusia 43 tahun duduk di bahagian penumpang dilaporkan cedera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Suriyadi Darwis, berkata pihaknya menerima panggilan jam 5.16 pagi.
"Pemandu yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan bantuan sebuah jengkaut untuk mengangkat bahagian hadapan lori yang menghempap mangsa," katanya dihubungi di sini, hari ini.




















