BH Online
Ringkasan Berita

Remaja maut, motosikal terbakar selepas dirempuh

PUTATAN: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kenderaan lain sebelum terbakar di Jalan Putatan, awal pagi tadi.
Remaja maut, motosikal terbakar selepas dirempuh

Anggota Bomba memadam kebakaran sebuah motosikal yang terbakar selepas dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Putatan, awal pagi tadi. - Foto Bomba

PUTATAN: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kenderaan lain sebelum terbakar di Jalan Putatan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, mangsa Fandi Jame, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Musran Jabri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.45 pagi.

"Di lokasi, motosikal mangsa didapati terbakar 100 peratus akibat dilanggar sebuah kenderaan.

"Terdapat seorang mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk Tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Video Terkini

Berita Berkaitan