BH Online
Ringkasan Berita

Bau busuk rungkai mayat warga emas dalam rumah

KUALA LUMPUR: Misteri bau busuk di sebuah rumah kedai terungkai dengan penemuan jasad warga emas yang sudah berbau di Jalan Bata, Titiwangsa Sentral, di sini hari ini.
Bau busuk rungkai mayat warga emas dalam rumah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Misteri bau busuk di sebuah rumah kedai terungkai dengan penemuan jasad warga emas yang sudah berbau di Jalan Bata, Titiwangsa Sentral, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL), dalam kenyataan berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pintu terkunci melalui talian NG999 pada 4.36 petang.

"Komander Operasi Mohammad Farid Abd Hamid melaporkan setibanya pasukan bomba di lokasi pada 4.46 petang mendapati seorang mangsa lelaki di dalam premis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah berbau dan kematiannya disahkan pegawai perubatan di lokasi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Video Terkini

Berita Berkaitan