BH Online
Ringkasan Berita

Suspek kes bunuh penuntut IPTS dijangka didakwa di mahkamah esok

PETALING JAYA: Suspek utama kes pembunuhan penuntut wanita institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) akan dituduh di mahkamah, di sini, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata suspek adalah lelaki warga asing berusia 20-an yang juga penuntut di IPTS bersama mangsa.

"Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan 9 pagi esok," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum ini media melaporkan penuntut wanita IPTS dengan kesan kecederaan pada badan di kondominium di Petaling Jaya, disyaki dibunuh, ditemui kira-kira jam 11.03 pagi, 23 Jun lalu.

Polis melaporkan isu peribadi membabitkan perasaan dan perbelanjaan harian dipercayai antara motif awal kejadian terbabit.

Siasatan peringkat awal turut mendapati mangsa, wanita warga asing dan suspek yang juga penuntut universiti sama saling mengenali serta menjalinkan hubungan.

Video Terkini

Berita Berkaitan