BH Online
Ringkasan Berita

PATI bayar RM6,000 untuk kerja di Malaysia

PASIR PUTEH: Warga asing dipercayai membayar ejen hingga RM6,000 seorang untuk diseludup masuk dan bekerja di Malaysia.
PATI bayar RM6,000 untuk kerja di Malaysia

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kepten Maritim Kamal Mohamad menunjukkan lokasi PATI ditahan ketika cuba masuk Malaysia secara haram. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

PASIR PUTEH: Warga asing dipercayai membayar ejen hingga RM6,000 seorang untuk diseludup masuk dan bekerja di Malaysia.

Ejen yang dibayar akan menguruskan laluan 'perjalanan haram' menerusi laut.

Taktik itu dikesan susulan penahanan lapan warga Myanmar yang ditahan dalam pelbagai operasi pada Rabu lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Kelantan, Kepten Maritim Kamal Mohamad, berkata pati terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan dewasa berusia 18 hingga 51 tahun yang mendakwa membayar RM6,000 untuk menempuh perjalanan empat hari melalui jalan laut untuk bekerja kilang.

"Bertindak atas risikan, jam 11.47 malam kami gerakkan aset ke sungai Kelantan dan membawa kepada penemuan bot dalam keadaan gelap dan mencurigakan.

"Bot bergerak laju dan berjaya meloloskan diri namun jam 12.20 pagi, kami dapat kesan bot merapat ke tebing dan menurunkan penumpang yang membawa kepada penahanan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI)," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Kelantan di Tok Bali, di sini, hari ini.

Tambah beliau, penyeludup PATI turut mengambil risiko memandu laju bot dengan kelajuan lebih 12 kilometer walaupun keadaan gelap untuk mengelakkan dicekup pihak berkuasa.

Video Terkini

Berita Berkaitan