BH Online
Ringkasan Berita

Penuntut universiti berdepan hukuman mati

JITRA: Seorang penuntut universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 14.63 kilogram (kg) pada minggu lalu.
Penuntut universiti berdepan hukuman mati

Ishvherr Singh Jagjit Singh dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra, hari ini. - NSTP/Wan Nabil Nasir

JITRA: Seorang penuntut universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 14.63 kilogram (kg) pada minggu lalu.

Ishvherr Singh Jagjit Singh, 24, didakwa di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan minimum 12 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Dia dituduh mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 14.63kg ketika ditahan di lokasi sekatan jalan raya Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala ke Malaysia dari arah Thailand, jam 11.46 pagi 15 Jun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi sebelum Nor Syaliati menetapkan 5 Oktober depan bagi serahan laporan kimia sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Sharifah Nurlin Atiqah Wan Idrus, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Naran Singh.

Media sebelum ini melaporkan seorang penuntut universiti ditahan ketika menaiki sebuah pikap di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam bersama 14.63kg disyaki bunga ganja dalam 13 bungkusan plastik hitam, keseluruhannya dianggar bernilai RM1.17 juta dari negara jiran.

Dadah itu disorok di bahagian tempat duduk belakang kenderaan terbabit dengan ujian urian kemudian mendapati suspek yang berasal dari Rawang, Selangor juga positif ganja.

Video Terkini

Berita Berkaitan