BH Online
Ringkasan Berita

2 beradik maut nahas jalan raya

MARAN: Dua beradik terbunuh dan seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Jerantut, dekat Jengka 19, di sini, semalam.
2 beradik maut nahas jalan raya

Gambar kenangan Allahyarhamah Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy (kiri) bersama adiknya, Dinie Nasuha Noor Azlan Efenddy, yang tular di media sosial selepas mereka meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. - Foto ihsan IPD Maran

MARAN: Dua beradik terbunuh dan seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Jerantut, dekat Jengka 19, di sini, semalam.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan kira-kira jam 7.25 petang itu ialah pemandu MPV terbabit Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23 dan adiknya Dinie Nasuha Noor, 19, berasal dari Gau, Temerloh.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata hasil siasatan nahas berlaku selepas MPV dalam perjalanan dari arah Bandar Jengka ke Temerloh memasuki lorong kanan ketika memotong sebuah motosikal.

"Akibatnya MPV dinaiki dua beradik terbabit bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan," katanya menerusi kenyataan.

Kemalangan itu menyebabkan dua beradik terbabit maut di tempat kejadian dan pemandu kereta terbabit dilaporkan parah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat manakala pemandu kereta dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.

Lagi berita berkaitan:

Mangsa kemalangan bakal mendirikan rumah tangga minggu depan

Video Terkini

Berita Berkaitan