BH Online
Ringkasan Berita

Kayu, jentera bernilai lebih RM2 juta dirampas, 4 warga Indonesia antara 10 ditahan

KUALA TERENGGANU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis kayu, jentera dan peralatan pemprosesan kayu bernilai lebih RM2 juta serta menahan 10 individu dalam serbuan di sebuah kilang pemprosesan kayu di Kampung Bukit Lawang, Hulu Nerus, Setiu, semalam.
Kayu, jentera bernilai lebih RM2 juta dirampas, 4 warga Indonesia antara 10 ditahan

PGA merampas pelbagai jenis kayu, jentera dan peralatan pemprosesan kayu bernilai lebih RM2 juta serta menahan 10 individu dalam serbuan di sebuah kilang pemprosesan kayu di Kampung Bukit Lawang, Hulu Nerus, Setiu, semalam. - Foto ihsan PGA

KUALA TERENGGANU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis kayu, jentera dan peralatan pemprosesan kayu bernilai lebih RM2 juta serta menahan 10 individu dalam serbuan di sebuah kilang pemprosesan kayu di Kampung Bukit Lawang, Hulu Nerus, Setiu, semalam.

Serbuan menerusi Op Khazanah itu dijalankan anggota Risik Batalion 9 PGA Kuala Terengganu bersama Bahagian E5 Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dengan bantuan Pejabat Hutan Daerah Terengganu.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 11 pagi selepas pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti penyimpanan dan pemprosesan kayu yang disyaki melanggar peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984.

"Hasil pemeriksaan mendapati enam lelaki tempatan dan empat warga Indonesia sedang bekerja di kilang berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut di kawasan premis mendapati pihak yang mengendalikan operasi gagal mengemukakan dokumen atau lesen berkaitan kayu yang disimpan dan diproses di lokasi terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan turut menemukan sejumlah besar kayu pelbagai spesies yang disyaki tidak bercukai selain peralatan dan jentera yang digunakan untuk aktiviti pemprosesan kayu.

Katanya, jentera yang dirampas antara ialah tiga mesin gergaji berantai (band saw), 63 bilah mesin potong silang (cross cut blade), tiga mesin pengasah mesin potong silang, tiga jentera berat jenis Caterpillar.

Turut dirampas 694 batang kayu bulat pelbagai spesies dan saiz serta 14,188 batang kayu siap pelbagai spesies dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.03 juta.

"Semua individu yang berada di premis itu ditahan bagi membantu siasatan sebelum tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Daerah Setiu untuk tindakan lanjut," katanya.

Ahmad Radzi berkata, siasatan awal mendapati pemilik kilang dipercayai mengendalikan operasi tanpa mematuhi syarat lesen dan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Beliau berkata urusan pembelian kayu dipercayai menggunakan modus operandi orang tengah dengan bayaran tunai bagi mengelakkan pengesanan pihak berkuasa.

Katanya pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat kayu yang disyaki tidak bercukai disembunyikan di kawasan berhampiran dalam kawasan tanah persendirian.

Video Terkini

Berita Berkaitan