KEMAMAN: Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran jambatan Sungai Air Puteh, di Kampung Seberang Tayor, dekat sini, petang semalam.
Mayat Mualim Johari, 38, ditemui terapung kira-kira jam 6 petang di sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya
Mangsa tinggal bersendirian dan menyara hidup dengan menjual ikan sungai salai.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada petang Rabu ketika mangsa ke sungai untuk memasang pukat sebelum terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus.
Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada timbunan kayu di tengah sungai oleh penduduk kampung.
Anggota polis bersama bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Cheneh membawa naik mayat mangsa dan membawanya ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
























