BH Online
Ringkasan Berita

Akibat cemburu, lelaki maut ditikam bergaduh di Pasir Salak

PASIR SALAK: Seorang lelaki maut ditikam dalam satu pergaduhan yang dipercayai bermotifkan cemburu, dalam kejadian di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, di sini, awal pagi tadi.
Akibat cemburu, lelaki maut ditikam bergaduh di Pasir Salak

Foto hiasan.

PASIR SALAK: Seorang lelaki maut ditikam dalam satu pergaduhan yang dipercayai bermotifkan cemburu, dalam kejadian di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 5.49 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan akibat tikaman ketika berlaku pertengkaran dengan seorang lelaki berusia 30 tahun yang sudah dikenal pasti polis.

"Mangsa dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Siasatan polis mendapati suspek melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira sedan berwarna hitam bernombor pendaftaran WGX 3707," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu.

Hafezul Helmi berkata, operasi memburu suspek sedang giat dijalankan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau keberadaan suspek diminta tampil membantu siasatan.

"Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan S Murugan di talian 012-6992784 atau Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267 atau menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan