BH Online
Ringkasan Berita

Gempar buaya panjang 6 kaki 'bersidai' dalam longkang

MIRI: Penduduk di Jalan Greenville Senadin gempar apabila seekor buaya sepanjang kira-kira enam kaki ditemui ‘bersidai’ di dalam longkang kawasan perumahan, pagi tadi.
Gempar buaya panjang 6 kaki 'bersidai' dalam longkang

Anggota bomba bersama petugas Sarawak Forestry Corporation (SFC) menangkap buaya yang ditemui dalam longkang di Jalan Greenville Senadin di Miri. - Foto ihsan bomba

MIRI: Penduduk di Jalan Greenville Senadin gempar apabila seekor buaya sepanjang kira-kira enam kaki ditemui 'bersidai' di dalam longkang kawasan perumahan, pagi tadi.

Kehadiran reptilia itu mencetus kebimbangan penduduk sebelum penduduk menghubungi pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dihubungi untuk memohon bantuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, setibanya di lokasi, pasukan operasi membantu pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) menangkap buaya berkenaan menggunakan tali.

"Reptilia itu berjaya dikawal dengan selamat," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan