BH Online
Ringkasan Berita

2 vesel pukat tunda ceroboh taman laut Pulau Tioman ditahan

KUANTAN: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perikanan Pahang bertindak tegas menahan dua vesel pukat tunda zon C yang sedang menangkap ikan dalam kawasan Taman Laut dekat Kampung Juara, Pulau Tioman, semalam.
2 vesel pukat tunda ceroboh taman laut Pulau Tioman ditahan

KUANTAN: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Perikanan Pahang bertindak tegas menahan dua vesel pukat tunda zon C yang sedang menangkap ikan dalam kawasan Taman Laut dekat Kampung Juara, Pulau Tioman, semalam.

Kejayaan itu hasil rondaan dan pemantauan vesel ikan tempatan secara berkala agensi berkenaan membabitkan kawasan perairan Rompin serta Pekan yang menjadi lokasi utama aktiviti menangkap ikan di negeri ini.

Pengarahnya, Roslan Abu Hasan, berkata pihaknya memandang serius kesalahan dilakukan dua vesel terbabit yang bertindak menangkap ikan dalam kawasan taman laut Pulau Tioman yang terkenal sebagai lokasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, dua vesel tempatan yang berdaftar di Johor itu ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan masing-masing pada

2.30 dan 3.15 pagi dalam kawasan taman laut dekat Kampung Juara.

Katanya, kedua-dua vesel disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985,

melanggar syarat lesen dengan menangkap ikan kurang dari 12 batu nautika bagi vesel Zon C.

Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Nilai rampasan dua vesel terbabit ialah RM2 juta membabitkan vesel dan peralatan menangkap ikan termasuk pelbagai peralatan lain.

"Aktiviti menangkap ikan dalam kawasan taman laut Pulau Tioman kesalahan yang dianggap serius kerana boleh menyebabkan kemusnahan batu karang yang menjadi tarikan utama pelancong ke pulau peranginan itu," katanya, ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, tiga anggota Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan

(PKOPP) Teluk Gading yang menggunakan bot peronda PTL 30 terbabit melakukan tangkapan.

Pada Mac lalu pihaknya berjaya menahan lima bot nelayan pukat tunda tempatan bersama 23 awak-awak yang menangkap ikan dalam kawasan larangan 12 batu nautika dari pesisir pantai.

Kejayaan itu hasil operasi berkala agensi berkenaan membabitkan perairan Rompin serta Pekan yang menjadi lokasi utama aktiviti menangkap ikan di negeri ini.

Lima awak-awak Indonesia dan 14 Myanmar tanpa dokumen perjalanan ditahan.

Video Terkini

Berita Berkaitan