BH Online
Ringkasan Berita

Polis tahan 3 lelaki disyaki curi kabel, positif dadah

CAMERON HIGHLANDS: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kabel Telekom dalam satu operasi di Brinchang awal pagi semalam.
Polis tahan 3 lelaki disyaki curi kabel, positif dadah

Gambar hiasan

CAMERON HIGHLANDS: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kabel Telekom dalam satu operasi di Brinchang awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli, berkata ketiga-tiga suspek ditahan kira-kira jam 3.40 pagi ketika sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands menjalankan Op Tapis di Jalan Griddle, Brinchang.

Beliau berkata, polis terserempak dengan seorang lelaki sedang mengait kabel Telekom, manakala dua lagi lelaki berada di tepi jalan berhampiran sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam di kawasan belakang kelab golf.

"Polis kemudian menjalankan pemeriksaan terhadap tiga lelaki terbabit berikutan tindakan mereka yang mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut ke atas suspek dan kenderaan menemukan peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel, selain beberapa gulung kabel dipercayai barang curi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, polis turut menemui satu tiub kaca mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.87 gram.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati tiga suspek itu positif dadah jenis methamphetamine.

"Semua suspek bersama barang rampasan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Azri berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tiga lelaki berusia antara 41 hingga 46 tahun itu mempunyai pelbagai rekod jenayah dan kesalahan dadah lampau.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC) di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Video Terkini

Berita Berkaitan