BH Online
Ringkasan Berita

Kepala air: Bomba selamatkan 8 kanak-kanak terkandas atas batu di Sungai Menson

CAMERON HIGHLANDS: Lapan kanak-kanak lelaki berusia antara empat hingga 12 tahun diselamatkan selepas terkandas di atas batu ketika kepala air melanda di Sungai Menson, dekat Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu, di Kuala Terla, petang tadi.
Kepala air: Bomba selamatkan 8 kanak-kanak terkandas atas batu di Sungai Menson

Anggota bomba menyelamatkan lapan kanak-kanak terkandas di atas batu ketika kepala air melanda di Sungai Menson, petang tadi. - Foto BBP Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: Lapan kanak-kanak lelaki berusia antara empat hingga 12 tahun diselamatkan selepas terkandas di atas batu ketika kepala air melanda di Sungai Menson, dekat Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu, di Kuala Terla, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 5.10 petang menyebabkan semua mangsa gagal menyeberangi sungai akibat arus deras, selain peningkatan paras air secara mendadak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemaasan.

"Jarak mangsa dari tebing sungai dianggarkan kira-kira 20 meter dan keadaan arus sungai ketika itu sangat deras.

"Operasi menyelamat dijalankan menggunakan tali bagi membawa semua mangsa menyeberangi sungai ke kawasan selamat.

"Semua mangsa berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Video Terkini

Berita Berkaitan