BH Online
Ringkasan Berita

Bangunan SK Kampung Baru Tok Dor terbakar, 13 bilik musnah

BESUT: Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Tok Dor yang menempatkan 13 bilik musnah dalam kebakaran, di sini hari ini.
Bangunan SK Kampung Baru Tok Dor terbakar, 13 bilik musnah

Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di SK Kampung Baru Tok Dor, di Besut, hari ini. Foto ihsan bomba

BESUT: Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Tok Dor yang menempatkan 13 bilik musnah dalam kebakaran, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Mustafa Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.13 petang sebelum jentera tiba di lokasi terletak kira-kira 25 kilometer di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Tok Dor pada jam 1.39 petang.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan bangunan sekolah jenis sementara berkeluasan 200 x 30 kaki persegi terbakar musnah 100 peratus.

"Bangunan berkenaan menempatkan 13 bilik iaitu bilik buku teks, bilik simpanan susu, bilik muzik, bilik cafe, bilik j-qaf.

"Turut musnah bilik rehat pekerja, bilik pemulihan khas, bilik koperasi sekolah, bilik stor sukan, bilik kesihatan/ kemahiran hidup, selain bilik tayangan, bilik transformasi sekolah serta bilik 'distribution box'," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, kebakaran dapat dikawal kira-kira jam 1.52 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.18 petang.

Video Terkini

Berita Berkaitan