BH Online
Ringkasan Berita

Hasrat dua anggota tentera pulang beraya tak kesampaian, maut nahas empat kenderaan

SETIU: Hasrat dua anggota tentera pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman tidak kesampaian selepas meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan, di Kilometer 70, Jalan Bandar Permaisuri, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, hari ini.
Hasrat dua anggota tentera pulang beraya tak kesampaian, maut nahas empat kenderaan

Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di di Kilometer 70, Jalan Bandar Permaisuri, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, hari ini. - Foto Bomba

SETIU: Hasrat dua anggota tentera pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman tidak kesampaian selepas meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan, di Kilometer 70, Jalan Bandar Permaisuri, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, hari ini.

Polis menerima laporan kemalangan membabitkan treler, kereta Honda Civic, kereta Proton Saga dan Perodua Alza

kira-kira jam 12.05 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris, mengesahkan dua anggota berkenaan adalah rakan setugas di Kem 7, Workshop Briged Tebrau Johor dan dalam perjalanan dari tempat kerja untuk balik bercuti sempena Aidilfitri di Kelantan.

Katanya, mangsa ialah Muhammad Aminuddin Amran, 21 dan Mohamad Shakiran Saidi, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu serta penumpang kereta Honda Civic. Pemandu serta penumpang kereta Proton Saga mengalami kecederaan ringan sementara itu pemandu treler

tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta Honda Civic serta Proton Saga dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

"Treler pula dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu, sementara kereta Perodua Alza diletakkan dalam garaj rumah di sebelah laluan menghala Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

"Muhammad Aminuddin yang memandu Honda Civic dilaporkan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler menyebabkan kenderaan berat itu masuk laluan bertentangan dan bergesel dengan Proton Saga pula sebelum melanggar Perodua Alza.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk proses bedah siasat yang akan dilaksanakan pada jam 9 malam ini," katanya.

Beliau berkata, dua lagi mangsa yang tercedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Video Terkini

Berita Berkaitan