KUALA TERENGGANU: Lapan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan sindrom down hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Buluh Gading, Manir, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, seorang wanita dewasa dilaporkan cedera ringan selepas melecur pada jari manakala tujuh lagi terselamat.
”
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Thoiyibah Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.35 malam sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.
”
"Setibanya di tempat kejadian, pasukan mendapati kebakaran membabitkan dua rumah jenis separuh kekal dengan anggaran kemusnahan kira-kira 90 peratus," katanya.
”
Thoiyibah berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.
”
Katanya, ”operasi pemadaman membabitkan beberapa aliran hos dan bantuan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang serta pasukan sokongan lain sebelum berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 10.01 malam .
"Operasi tamat pada jam 11.51 malam. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
”
Sementara itu, Wahid Awang, 66, berkata, rumah yang dibinanya kita-kira 40 tahun lalu diberikan kepada anak lelaki, Mohd Izat, 37, untuk didiami bersama isteri dan dua anak lelaki berusia lapan dan empat tahun selepas membina kediaman lain di Gong Badak, Kuala Nerus.
”
Katanya, ketika kejadian itu, anak, menantu dan dua cucunya keluar berkelah sambil memancing sotong di pantai.
”
"Saya menerima panggilan telefon memaklumkan kebakaran ini jam 9.30 malam. Sebaik tiba semua bahagian rumah sudah hangus termasuk rumah didiami adik, Norhaslina, 52, yang tinggal bersebelahan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.”
























