BH Online
Ringkasan Berita

Bomba selamatkan dua kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran apartmen

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak yang ditemui dalam sebuah unit kediaman di tingkat tiga apartmen di Jalan 1 Emas, Taman Megah Emas, Petaling Jaya, selepas unit itu terbakar pagi tadi.
Bomba selamatkan dua kanak-kanak terperangkap dalam kebakaran apartmen

Anggota bomba dalam usaha memadamkan kebakaran sebuah unit apartmen di Taman Megah Emas di Petaling Jaya, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak yang ditemui dalam sebuah unit kediaman di tingkat tiga apartmen di Jalan 1 Emas, Taman Megah Emas, Petaling Jaya, selepas unit itu terbakar pagi tadi.

Kedua dua mangsa, seorang kanak kanak lelaki dan perempuan berusia sekitar empat dan enam tahun, ditemui anggota bomba di dalam bilik unit berkenaan sebelum dikeluarkan bagi rawatan kecemasan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.37 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara digerakkan ke lokasi kejadian.

"Jentera pertama tiba pada jam 10.46 pagi dan kebakaran dapat dikawal kira kira jam 10.54 pagi.

"Kebakaran membabitkan sebuah unit kediaman di tingkat tiga apartmen empat tingkat dengan keluasan kira kira 600 kaki persegi dan api memusnahkan kira kira 50 peratus ruang tamu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua dua kanak-kanak berkenaan ditemui anggota bomba dalam bilik dengan keadaan separa sedar sebelum dibawa keluar dari unit berkenaan.

"Kedua dua mangsa menerima rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke sebuah hospital berhampiran menggunakan EMRS.

"Setakat jam 11.30 pagi tadi, dua kanak-kanak terbabit dilaporkan stabil dan kini menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan," katanya.

Operasi pemadaman dan penyelamatan membabitkan 13 anggota dengan dua jentera dari BBP Damansara termasuk sebuah jentera EMRS serta sebuah jentera bantuan dari BBP Petaling Jaya.

Video Terkini

Berita Berkaitan